Wednesday, 5 October 2011

Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)


Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan dasar sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalanggan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah sukan untuk semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi sukan untuk kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihat sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Larian Serentak 1 Murid1 Sukan 1 Malaysia

Dimaklumkan bahawa, pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S)anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Peringkat sekolah akan berlangsung pada 2 Julai (Hari Sabtu) masa 7:30pagi hingga 12:30 tengah hari di sekolah masing-masing.

Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah “larian serentak 1 Murid1 Sukan 1 Malaysia” di seluruh Negara yang melibatkan semua murid (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) Tahap 2 (Tahun 4,5,6) serta turut menggalakkan penglibatkan murid Tahap 1 (Tahun 1,2,3). Larian tersebut diharapkan dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori “ The Largest Participation of School Student in a Run”.

Selaras dengan konsep larian, pihak sekolah dikehendaki melaksana Larian Serentak 1 Murid 1Sukan tersebut pada hari berkenaan dan merujuk kepada portal Pejabat Pelajaran Daerah pada 23 Jun 2011, hari tersebut (2 Julai 2011 Sabtu) adalah dikira sebagai hari persekolahan. Kehadiran murid akan dicatatkan dalam Buku Rekod Kedatangan Harian.

Sehubungan dengan itu, Semua murid dikehendaki berpakaian baju t-shirt dengan seluar trek sekolah dan berkumpul di perkarangan sekolah ini sebelum jam 7:30 pagi.

















No comments:

Post a Comment