Tuesday, 4 October 2011

Lawatan ke SJK(C) TRIANG 2







SEJARAH  SJK(C)TRIANG 2

Tahun 1965
* SJK (C) Triang No. 2 telah ditubuhkan.
* Tidak mempunyai bangunan sekolahnya yang sendiri dan terpaksa menumpang di SJK (C) Triang 1.
* Memulakan proses pembelajaran pada sesi petang.
* Bilangan murid adalah lebih kurang 200 orang dan bilangan gurunya pula adalah seramai 8 orang.
* Guru Besar yang pertama ialah En. Koo Sek Lim.


Tahun 1967
* Bilangan murid kian bertambah menjadi 400 orang. Manakala bilangan guru pula seramai 13 orang.


Tahun 1975
* Encik Koo Sek Lim telah bersara dan digantikan oleh Encik Chan Kok Tam sebagai Guru Besar yang baru.


Tahun 1987
* Pada tahun ini, satu kebakaran telah berlaku di pejabat,bilik guru, dan bilik stor.
* Kebakaran ini telah menyebabkan kemusnahan banyak dokumen dan fail maklumat yang penting.
* Kejadian ini telah mendapat perhatian oleh YB Dato’ Kan Tong Leong ( A dengan memberikan peruntukan kewangan bagi mendirikan bangunan pejabat sekolah yang baru.


Tahun1989
* Pusat Sumber Sekolah telah didirikan.


Tahun1991
* Encik Chan Kok Tam telah bersara. Jawatan Guru Besar digantikan sementara oleh Encik Tan Hee Keow.


Tahun 1992
* Encik Chan Yong Sang telah menjadi Guru Besar SJK (C) Triang No. 2 yang ke-3.


Tahun 1994
* Encik Chan Yong Sang telah ditukarkan ke SJK(C) Khee Chee,Temerloh. Jawatan Guru Besar telah digantikan oleh Encik Tan Tuan Eng PJK.


Tahun 1995
* Encik Yong Chong Seong telah menjadi Guru Besar yang baru menggantikan Encik Tan Tuan Eng PJK yang bersara.


Tahun 1996
* Di atas daya usaha Encik Yong Chong Seong ( Guru Besar ), Persatuan PIBG, dan Lembaga Pengurus Sekolah telah mengadakan Malam Amal kali ke-1 bagi mengutip derma untuk mendirikan sekolah baru.


Tahun 1999
* Mengadakan Malam Amal kali –2.
* Pada 8/10/1999, Star Leisure Sdn. Bhd. telah menderma 2.5 ekar tanah di Taman Litar Jaya untuk dijadikan sebagai tapak sekolah SJK (C) Triang No. 2 yang baru.


Tahun 2002
* Pada 12/4/2002, Dato’ Seri Ling Liong Sik ( Bekas Menteri Pengangkutan Malaysia ) telah merasmikan upacara pecah tanah dan memberikan peruntukan kewangan sebanyak RM 200,000,00.


Tahun 2003
* Pada 18/9/2003, Datuk Lim Keng Aik ( Menteri Perusahaan Utama) telah merasmikan upacara penanaman pokok dan telah menyumbangkan sebanyak RM 30,000,00 bagi mendirikan gelanggang bola keranjang.
* Pada 2/11/2003, Malam Amal kali –3 telah diadakan.
* Sekolah baru dijangka siap pada bulan Mac 2004.
* SJK (C) Triang No. 2 akan mula berpindah ke sekolah baru pada bulan Jun 2004 selepas mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan.


Tahun 2004
* Pihak sekolah telah mendapat sijil siap kerja pada bulan April.
* Semua organisasi pentadbiran, pengurusan, murid berpindah ke bangunan sekolah yang baru pada 05.07.2004.
* Mendirikan tempat letak kereta dan basikal yang baru. ( Disember. )
* Membina pintu pagar yang baru. ( Disember )


Tahun 2005
* Semua murid memulakan sesi persekolahan yang baru pada 03.01.2005.
* Jumlah murid bertambah menjadi 350 orang daripada 268 orang pada 2004.
* Kelayakan guru bertambah dari 18 orang kepada 22 orang.
* Bilangan kelas bertambah daripada 9 buah kepada 12 buah.
* Membina gelanggang bola keranjang dan bola tampar.
Pemandangan yang cantik














Perbincangan antara GPK1, GPK HEM dan GPK KK



Perpustakawan
Dewan serbaguna
                                      Guru Pemulihan

 













































No comments:

Post a Comment